ღ “
Hati yang buta tak akan nampak keagunganNya…
tapi hati yang celik pown takkan nampak keagungan tu tanpa izinNya…
tapi hati yang celik pown takkan nampak keagungan tu tanpa izinNya…
Bersyukurlah dengan nikmat pemberianNya…
ps: Read and Heed.
”ღ “Hidup bukan hanya diertikan dengan not muzik atau warna-warna. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar harta dan kerjaya. Hidup bukan hanya diertikan dengan kejar cita-cita. Hidup bahagia bukan hanya diertikan dengan senyum ketawa riang gembira. Hidup itu untuk akhirat . Living here for the hereafter.”
ღ “Jika kau nampak aku buat maksiat,
Tidak kira maksiat mata atau telinga,
Maksiat tangan atau perbuatan,
Maksiat mulut atau perut,
Tidak kiralah apa jenama atau capnya,
Tegur, sebelum hatiku kabur..!
Kalau kau lihat aku banyak cakap tak banyak buat,
Pandai berhujah tapi hanya tinggal di lidah,
Potpet potpet bumbam bumbam di alam maya,
Tapi dia alam nyata diam seribu bahasa,
Ibaratnya pelakon handalan banyak pengiktirafan,
Tegur, sebelum imanku gugur..!
Andainya kau lihat solat jemaahku entah ke mana,
Tilawah dan tadabburku di Banjaran Titiwangsa,
Bangun malamku terbenam di lautan Pasifik sana,
Maathurat ku.. Maathurat? Gerangan makhluk apa?
Banyak berkata, sedikit zikir dan doa,
Tegur sebelum aku jadi takkabur..!
Apabila kau saksikan aku sudah mula melemah,
Malas berusrah gemok nak pergi daurah,
Sudah tak peduli dengan masalah ummah,
Perlahan-lahan dirasuki jahiliyyah,
Tak selera lagi untuk mentarbiyah, berdakwah,
Tegur, itu tandanya aku sudah futur..!
Sekiranya kau yakin aku sudah jauh sekali,
Dari hidayahNya yang pernah aku damba,
Dari ukhuwwah yang pernah membasah,
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami,
Dari obor perjuangan yang semakin kehilangan,
Tegur, jangan biarkan imanku melebur..!
Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hanya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat mana,
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana sungguh aku berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa…!
Dan tegurlah aku wahai sahabat; tidakkah pernah kau dengar, firmanNya yang sudah termaktub?
“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian! Hanya sahaja kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh; berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran!”
Sungguh aku rindu dan dambakan pada teguran ikhlas yang mengubat sukma, walau ia merobek jiwa..”
ღ “Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang sering tidak bersyukur.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang cepat berputus asa.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lalai dalam amal ibadatnya.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling mudah menilai orang lain.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lemah imannya.
Nampak sahaja saya begini,
sebenarnya sayalah orang yang paling lancang berkata-kata.
Namun itulah sebabnya saya begini,
Saya masih berusaha untuk menjadi yang terbaik,
Mungkin tidak dipandangan manusia, cukuplah pada pandangan Allah.”
ღ “mungkin apa yang Allah susun untuk kita sekarang sama ada derita atau sengsara, adalah yang terbaik untuk diri kita. semat di hati dan percayalah pada Dia.”
ღ “Hati manusia cukup besar untuk sayang ramai orang, tapi mengapa tidak cukup besar untuk sayang Yang Maha Esa? Bayangkan rasa hati kita bila terpaksa berkongsi kasih? Bagaimana pula dengan Dia? Terpaksa diletakkan nombor dua apabila Dia beri 1001 nikmat kepada kita setiap hari, tanpa memerlukan kita meminta-minta. Namun kita masih meminta-minta cinta manusia yang tak mungkin bawa ke syurga.”
ღ “bukan mudah sebenarnya.
belajar untuk mesra dengan orang setelah sekian lama memilih untuk meminggirkan diri.
dan bukan mudah juga sebenarnya,
belajar untuk rapat dan peduli dengan orang,
setelah lama memilih untuk menyendiri dan tak mahu peduli.
susahkan?
belajar untuk percaya pada orang,
setelah pernah dikhinati.
belajar untuk rapat dengan orang setelah ditinggal sendiri,
belajar untuk hargai orang,
setelah pernah disia-siakan.
ya.
memang susah.
dan kadang-kadang,
menyepi dan menjauhi, dilakukan bukan kerana membenci,
tapi cuma melindungi diri.”
ღ kita tidak tahu. Mungkin, insan yang berjalan sendirian. Yang sentiasa keseorangan itu. Paling bahagia berbanding diri kita yang punya ramai teman. Sebab, Dia ada Allah, sebagai teman. Sedangkan kita, punya ramai teman. Tapi belum tentu semua teman itu, boleh ingatkan kita kepada Allah.
ღ“Bila kecewa datang berkunjung ke pintu hidup, tak semestinya kecewa itu perlu disambut dengan tangisan dan raungan yang melemahkan, tetapi ianya dapat menguatkan semangat andai pandai mengendalikannya kerana setiap apa yang ditakdirkan Allah, punya fungsi yang berbeza.”
ღ Seorang perempuan yang sanggup abaikan rasa sakit hati untuk orang yang dia sayang adalah perempuan yang ikhlas mencintai si dia seadanya ♥
ღ “Jika sedang marah jangan memutuskan sesuatu. Jika sedang terlalu bergembira, jangan pula menjanjikan sesuatu. Karena saat itu, kita tidak tahu hati kita sedang bertiup kemana.”
ღ Jangan sia-siakan.
Seseorang pernah berkata kepada saya,
“jangan sia-siakan orang yang mengagumi anda sebabnya bukan senang nak dapat tempat istimewa dalam hati seseorang.”
Saya kaitkan dengan cintanya Nabi Muhammad SAW terhadap umatnya. kita ini istimewa hingga Nabi ketika hendak wafat pun masih memikirkan tentang kita, umatnya.
Maka jangan disiakan-siakan tempat istimewa kita sebagai umat kepada Kekasih Allah ini. Hargailah sebaiknya, banyakkan mengingati Baginda. Moga mendapat syafaat di akhirat kelak.
ღ “Percayalah bila saya kata, rasa suka itu akan berkurang dengan berlalunya masa. Semalam mungkin kita suka orang itu. Tapi hari ini atau esok, mungkin kita akan suka orang lain pula. Sifat ha ti fitrahnya berbolak-balik bersama masa. Sukar untuk buat hati tetap suka pada seseorang melainkan dengan ikatan perkahwinan.
Ummu Salamah isteri Nabi SAW pernah ditanya apakah yang suka disebut Rasulullah SAW.
Beliau menjawab, Baginda suka membaca doa:
“Ya Muqallibal Quluubi, Thabbit Qalbi ‘Ala Diinika.” ( Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMu )
Isinya, tetapkanlah hati pada suka agama terlebih dahulu, agama tidak boleh ditukar lagi. Tiada agama lebih baik dari agama Islam. Tidak perlu gopoh tetapkan hati awal-awal pada manusia, kerana sentiasa ada manusia yang lebih baik dari yang seorang itu.
Jangan pilih yang pertama, pilihlah yang terakhir bila tiba masanya.”
ღ “Semalam awak datang ke dalam hidup saya. Saya cuba berikan cinta semampu yang saya tahu. Awak ajar saya, apa tu kasih sayang, awak ingatkan saya apa itu rindu. Tapi tiba-tiba awak hilangkan diri. Tanpa beritahu apa salah saya yang sebenarnya..
Hari ini, saya cuba jadi kuat. Cuba menjadi tekad seperti mana diri saya sebelum awak muncul dalam hidup saya. Andai kata, di luh mahfuz mmg sudah tertulis nama awak sebagai takdir hidup saya, saya terima dengan hati terbuka. Sebab saya masih sayangkan awak.
Tapi jika ada yang lain tertulis “dia” adalah jodoh saya yang sebenarnya, saya minta 1 sahaja. Doakan saya mampu lupakan awak. Sebab saya mahu mencintai pasangan dunia dan akhirat saya setulus hati. Kerana dialah ” pelengkap buat kaki saya melangkah ke syurga “”
ღ Allah taala tidak mencipta wajah aku persis Ummi dan Ayah semata atas alasan saintifik . Aku percaya wajah aku dilukis begini supaya tiap kali aku renung cermin , aku nampak Ummi dan Ayah. Lalu tidak kira kemana aku pergi , dan manusia apa aku jadi , aku membawa Ummi dan Ayah bersama.
Dan bila kita semakin tua , wajah kita semakin iras ibu dan ayah , kerana mungkin masa itu mereka sudah tiada , dan Allah tahu kita rindu ; kita perlu lihat wajah mereka.
- Allah Maha penyayang lagi , Maha Bijaksana , Allah huakhbar
ღ Kadangkala orang yang menyintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu.. Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya.. Dan bila suatu masa dia hilang dari pandanganmu,kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari..
ღTak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak,air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah,tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya..
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa?
Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya,dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan,ketika dia menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan,ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan